Click ! Click !!

Friday, June 18, 2010

#17 Out of mind

Kalau tanya perasaan waktu ini, apa pun dia tak mahu jawab masa ini. Dia akan cakap, " Cukup, kenapa tak tanya pada akal pula? "
Bila tanya akal, dia akan jawab, "aku malas lagi sebab nanti akhir masa aku kena bekerja kuat fikir untuk kau."

Keputusan yang dibuat selalunya ada baik dan buruknya, ada cantik dan hodohnya. Cuma terletak pada diri sendiri untuk terima cara apa dan bagai mana. Rasanya, masa-masa ini, bersabar paling penting. Tapi untuk bersabar pasal dua perkara (tak perlu cerita disini, serabut !) itu dalam satu masa, sangat tak boleh.

Aku pernah ada seorang kawan ini, sekarang aku benci dia.
Pernah sama berembun, kongsi minat sama semua. Aku rasa itu normal, bila perasaan terluka dan lebih-lebih lagi bawa satu perubahan besar dalam hidup aku. Yang aku tahu, kawan tak tikam belakang, tak buat kita sedih, tak cuba jahanamkan apa yang buat kita gembira dan yang penting, berfikir panjang sebelum perkara jadi lebih buruk. Jadi hari ini aku boleh cakap yang aku ada benci seseorang. Titik.

Selalunya, untuk rasa gembira, kita perlu terima seseorang dengan apa ada dia. Kalau tak, kau sedih jadi banyak merungut. Contoh :

Kalau boyfriend jenis nak macho depan kawan-kawan, jalan jauh-jauh dan tak pegang tangan kau bila berjalan ada kawan-kawan dia, tak mahu cakap "I love you" dulu, perlu kau yang sms dia dahulu, kau yang perlu call dia dulu, tak apa. Asal dia baik dan selalu mendengar untuk kau. (merungut sedikit, tak puas hati, perlu terima *hahaha) Sekurang-kurangnya kalau kau list kan apa yang baik buruk, buruk dia, cuma dia bukan romantik. Titik.
Boyfriend? (Motif??) Hahahahahahahaha

Kesimpulan, I AM HAPPY (macam selalu)

Sekarang ketuk kepala sendiri, tanya motif kenapa entri macam ini. (cium-cium rambut bau asap rokok, nak cepat-cepat habiskan entri ni, pergi makan nasi lemak, siap nak pergi kerja)

Ada entri tertinggal sebelum ini. Cerita tentang jalan shopping habis beratus, dan malam tengok Spain main macam $%*#%^&*@#% disusuli pula dengan pergi balai polis dan hospital. Panjang, nanti lah cerita.


Sekarang, hari-hari hidup ini macam drama, serius ! Hahahaha

0 comments: