Ya Allah, Ya tuhan
Kebahagiaan yang aku perolehi sekarang tiada bandingannya dengan kebahagiaan yang aku dapati sebelum ini. Kau berkati lah kehidupanku.
Kau berilah kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kaum keluarga ku dan insan tersayang.
Kau berikanlah aku kesabaran untuk melihat lagi keindahan, kebahagiaan yang kau berikan kepadaku.
Jika kau turunkan ujian padaku, kau tabahkan hatiku, kau sabarkan jiwaku.
Aku mohon kepadamu kekalkan bahagia dan orang-orang yang membahagiakan ku disekeliling aku.
dan aku berterima kasih dan memanjatkan syukur kepadamu. Ya allah, apa sahaja hubungan baik aku dengan umatmu yang lain, kau panjangkanlah ia, kau berkatinya dan kau bibitkan lah sayang dan bahagia yang berterusan.
Aku bersyukur diatas segala kurniaan mu.
Aku bermohon kepadamu, dari insan kecil, hambamu yang banyak kurangnya.
Amin, amin ya rabbal a'lamin.
0 comments:
Post a Comment